UM Home | Faculties, Academies, Institutes & Centres | Home | artikel | Berita | papar

Papar berita pilihan

Bengkel Antarabangsa "Pengamatan China dari Dunia Melayu: Isu-isu Kontemporari dan Masa Depan"

 
Sejarah pertemuan antara Dunia Melayu dengan China adalah berabad-abad lamanya. Demi faktor geografi strategik dan perhitungan rasional, hubungan ini kerap, erat dan memanfaatkan masing-masing dalam hubungan diplomatik, politik, perdagangan serta interaksi kebudayaan dan agama. Sehingga hari ini, pencerapan terhadap China masih diadakan kerana peranan dan pengaruhnya semakin menyerlah di Dunia Melayu. Pada masa yang sama, China yang semakin maju juga mampu berdialog secara langsung dengan Dunia Melayu melalui ahli-ahlinya yang fasih dalam Bahasa Melayu. Maka kini terdapat hasil-hasil dan kajian terhadap China kontemporari yang begitu banyak dalam dunia Melayu yang mempunyai perspektif dan bidang keprihatinan yang berbeza dan unik. Demi mengenali aliran kajian China ini, maka Malaysia sebagai salah satu bahagian daripada Dunia Melayu merupakan arena yang paling sesuai untuk penampilan kajian ini kepada dunia luar.

Date: 23 November 2016
Time: 9.00 a.m.-5.30 p.m.
Venue: Auditorium, Institute of Graduate Studies (IPS Building), University of Malaya, Kuala Lumpur.

For more information, please click at the details..
Borang Penyertaan.
 
<< Back
 
CCM 2.0 EDi - Copyright © 2008 - 2017 University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA. http://www.um.edu.my